

Menurutnya, ia sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran khusus untuk keperluan industri melalui kerjasama erat kedua-dua pihak. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hasrat tersebut akan tercapai jika pihak industri bekerjasama dengan universiti untuk menjalankan penyelidikan di peringkat tinggi dengan menggunapakai aplikasi kejuruteraan. Ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi industri berikutan kurangnya penyelidikan terhadap teknologi baru.

PUTRAJAYA 25 Julai - Syarikat kejuruteraan tempatan digesa menyambar peluang menyertai program ijazah Kedoktoran Falsafah (MyPhD) yang ditawarkan oleh kerajaan.
